Saturday, December 29, 2012

Apabila Kekasih Merajuk.....^^,

Assalamu'alaikum...
Selamat pagi readers!
Pagi nie tetiba jari dila nak menghayunkan langkahnya.. ^^
Mungkin sebab tetiba datang idea nak membebel...
Tapi, post kali ni nak cite tentang CINTA..
Mesti korang fikir dila sedang dilamun cinta kan?
Memang betul pun.. hehe.. 
Tapiiii.. post kali nie bukan nak cite tentang boyfie dila okayy!
General issue la sebenarnya..
Dila ada terbaca satu status fb friend dila..
Dia tanya macam mana nak pujuk boyfie yg tengah merajuk??
Hahaha.. Sebenarnya dila pun tak tahu..
Tapiiii.. kalau dila la, byk yang boleh kita try to pujuk dia..

1st suggestion ! ececehh.. ^^,
Kalau boyfie dila merajuk, dila suka BUAT MUKA COMEL ^,<
(walaupun tak comel hakikatnye)
Ada sekali tu dia merajuk, dila buat la muke paling comel dila.. haha
Dia terus gelak.. Dia kata dila mengade-ii.. hehehe..
Haaa..kan tak jadi merajuk... 
Tapi, kalau dia still merajuk...

Try this 2nd suggestion ! hahaha
PANDANG JE MUKA DIA SAMPAI DIA BERSUARA..
Kadang-ii lelaki nie kalau merajuk, tak nak cakap dengan kita..
Ala-ala mogok githuuu..hehe
Tengok jek muka dia.. Dia tengok tempat lain pun, try mengadap muka dia..
Lama-ii nanti mesti dia bersuara jugakk.. hehe
Haaa, yg nie dila xpernah try lagi.. Just terfikir je,..hehe
Boleh try la lepas nie..hahaha.. ^^
Kalau cara nie pun, dia still buat tak tahu..
Try yg seterusnya..hehe ^,^

The 3rd suggestion ! heee ^^v
BUAT-ii MERAJUK... Haa, nie mesti ramai pernah cuba kan?hehe
Nie la permainan orang perempuan biasanya la..
Tapi kadang-ii lelaki pun ada buat..kan kan kan??
Bila kita buat muka sedih ke, muka sayu ke, mesti dia risau..
So, dia takkan merajuk lama-ii...heheh
Seronok bila dia yg pujuk kita balik! hehe :V

TAPI, kalau still merajuk lagi..
Ni kira merajuk tahap dewa la.. hahaha
Senang jek.. BUAT TAK TAHU JE.. hahaha !!
Tak payah fikir, tak payah pujuk...
Dia penat nanti, dia rindu nanti, dia datanglah kat kita..hehe
Bukan kita menyerah or tak nak pujuk, tapi just give dia masa..
Bila dia fikir-ii balik dgn tenang, dia mesti sedar..
''Buat apa aku nak merajuk ek? Takde faedah.. Rindu kat dia ade la''
Kan Kan Kan??? hehe

So, the conclusion is no need to sulk easily even for the small matter!
Merajuk-ii manje takpe.. hehehe...
Boyfie dila tu kuat merajuk, tapi merajuk manja-ii je..
Mengade-ii la senang cakap..hehe..
Jangan marah ye sayang ^^,

Okaylah.. Rasanya post kali nie sampai sini je dulu..
Bosan sebenarnya kat tempat kerja..
Tu yang membebel kejap..hehe
Sebelum exit blog nie, dengar dulu lagu kat bawah nie..
Khas tuk kekasih yg sedang merajuk! hehe
BABAI !! Assalamu'alaikum... :)




Bila Kekasih Merajuk -Versi

Wednesday, December 19, 2012

Temuduga Oh Temuduga!

Assalamu'alaikum...
Hari ni tanggal 20 Disember 2012..
Hari ni nak cerita sikit pasal temuduga aku kat Seremban..
Jawatan Pembantu Makmal C17 di bawah SPA..
Pagi-ii da gerak dari rumah kawan ayah aku kat Senawang..
Nasib baik ada kawan ayah, kalau tak pagi-ii buta bertolak dari Batu Pahat..huhu

Sesampainya di Bangunan Wisma Persekutuan, hati semakin berdebar-ii...
Nama dipanggil untuk pendaftaran..
Okay, aku calon no-5..hehe..
Sedang menunggu giliran, tangan duk pegang nota..
Aku duk hafal-ii nota yanng aku buat tapi orang sebelah siap boleh tengok tv..huhu
Sampai giliran aku, loceng dibunyikan.. 'ting!'

Pintu bilik diketuk dan aku disuruh masuk..
Aku memberi salam dan aku tengok muka penemuda-ii senyum je.. fuhhh..
Aku duduk dengan posisi yang selesa.. Seram nih!
Pertama sekali mereka suruh aku perkenalkan diri..
Selepas mereka tahu aku budak lulusan ijazah, mereka terus tanya ttg bidang aku..
Lari dah daripada tujuan asal..hehe
Mereka tanya tentang keluarga, sekolah lama, dan pekerjaan yg aku minat..
Berkaitan kerja yang aku minta ni adalah sikit..hehe
Dia tanya cara ambil sampel darah dan dia tanya aku tahu tak cara bekerja dlm makmal?
Itu jela soalannya..hehe.. Alhamdulillah mudah..

Lepas habis tanya, mereka bagi cadangan aku utk memohon jawatan editor di Parlimen..
Mereka kata aku punya masa depan yang cerah.. 
Mudah-mudahan kata-ii mereka itu menjadi doa yg dimakbulkan.. amin..
Lepas habis sesi semua tu, aku pun bersalam dengan penemuduga tersebut dan memberi salam..
Aku pun melangkah keluar dengan senyuman dan nafas lega..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. ^^

Itu sahaja untuk kali ini..
Hanya tentang pengalaman aku pergi temuduga..
Okay; aku berhenti dulu.
Assalamu'alaikum ^^,

Thursday, November 29, 2012

''Pujaan Hati''

Hati aku.. 
Dulu aku kenal hati aku sendiri, 
tapi kini aku tak mampu memahaminya lagi.

Aku tahu hati aku nie susah sangat nak terima CINTA !
Tapi, kenapa dengan DIA aku mudah beri hati aku nie?
Apakah ajaibnya dia??
Aku sendiri tak mengerti..

Dia seorang yang sangat istimewa..
Mungkin dari pandangan orang lain, dia biasa saja..
Tapi, aku tahu dia LUAR BIASA ! *bukan hulk okay!*
Boleh dikatakan SUPERHERO! hehe
Sebab apa aku panggil dia macam tu? 
Sebab dia yang telah berjaya selamatkan hati aku.

Siapakah dia?
Nak aku mention nama dia kat sini ke? hehe
Nama dia Muhammad Syafik Bin Mohd Mat Syah
*fuhhh panjangnya nama :)*
Terima kasih kamu sbb buat saya gembira semula :')

Oh okay! Cukup cukup sudah.. ^^
Oh hati! Mohon gembira je lepas nie ya!
Aku undur diri dulu. Semoga berjumpa lagi!
Adios amigos ! Assalamu'alaikum ^_^


lagu yang paling bermakna buat aku!

Thursday, October 18, 2012

''My Big Day''

Assalamualaikum...
Tarikh keramat 14 Oktober 2012
Hari paling bersejarah buat aku dan juga familyku..
Nak tahu sebab ape??
Orang datang meminang?? No No No!
Aku dapat kerja kerajaan?? Oh No jugak!
Hahaha^^
Sebenarnya itulah hari istimewa di mana aku menerima ijazahku !
Hari Konvokesyen aku di UPM.. hehe

Alhamdulillah syukur kepada Allah..
Dengan izin dan berkatNya, akhirnya aku berjaya menerima segulung ijazah..
Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu ^^
Inilah hadiah terbesar pernah aku beri untuk kedua orang tuaku yang tercinta!
Tak lupa juga buat adik-beradikku serta seluruh keluargaku..
Bukan senang untuk aku menggenggam segulung ijazah ini..
Banyak dugaan, susah payah dan ujian utk aku berada di peringkat ini..
Hanya Dia dan keluargaku yang tahu betapa aku bersusah payah utk menamatkan pengajian..
Namun, aku dah buktikan pada semua bahawa aku boleh !
Walaupun aku pemegang Ijazah kelas kedua tertinggi, bukan kelas pertama 
tapi aku bersyukur sangat2.. Alhamdulillah :)

Di sini aku sertakan butiran-butiran ehhh macam buat surat lak..
Silap2... Gambar2 aku masa aku belajar kat UPM..
Bukanlah semua, sikit jek ni.. Saje nak share dengan korang ^^




Nama diberi Nor Fadzilah Bte Musa ^^


Kawan-kawan Baikku !! Sayang korang !! ^^


Fakulti tempat ku menimba ilmu ^^


Budak-budak sama course ! Ramai kan? hehe ^^


Kami Budak Bahasa !! hehe ^^


My sweetheart ! Best friend forever !! Much LOVE ! Heart YOU!


Kami yang diraikan sebelum berakhir pengajian.. So Sweet Ayin dan Emon! Sayang anda berdua !


Tesis ku.. Inilah hasilnya setelah 3 tahun menuntut ilmu ^^
'' Kajian Analisis Sistem Bunyi Dialek Terengganu''


Akhirnya, aku bergraduat !!!! Yeay !!
''Hensem tak ayah saya?? hehe''


Bunga dan hadiah daripada yang tersayang-sayang.. hehe
Thanks sayang2 semua !! I appreciate it !!


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA !
Takkan ku lupa tempat aku menimba ilmu ^^

Sekian sahaja tulisan aku kali ini..
Mohon diri dulu ^^
Assalamualaikum...







Saturday, January 7, 2012

~ Angan-Angan ~



Satu saat aku termenung…
Mengenangkan impian yg tak mungkin kukecapi..
Walau tertanam sejuta rasa dalam hati ini..
Namun, aku tahu impian itu hanya angan2 biasa..
Seseorang pernah berkata “ impian kau tu bukan sekadar angan2 kosong, tp destinasi!”
Haha.. destinasi? Itukah destinasi hidup aku? tak mungkin!
Aku tahu bermimpi di siang hari mmg takkan jadi apa-apa..
Sebab tu hingga kini, aku biarkan saja angan2 itu kekal menjadi angan2..
Sudah ternyata itu bukan impian atau satu destinasi…
Jauh di sudut hati hanya mengharapkan agar perkara yg menjadi impian aku itu bertemu dengan kebahagiaan yang pasti!
Mudah-mudahan….

p/s : kalau bermimpi biar sampai ke bintang, kalau tak tergapai pun, dapat capai langit pun jadi lah… ^_^