Assalamu'alaikum...
Hari ni tanggal 20 Disember 2012..
Hari ni nak cerita sikit pasal temuduga aku kat Seremban..
Jawatan Pembantu Makmal C17 di bawah SPA..
Pagi-ii da gerak dari rumah kawan ayah aku kat Senawang..
Nasib baik ada kawan ayah, kalau tak pagi-ii buta bertolak dari Batu Pahat..huhu
Sesampainya di Bangunan Wisma Persekutuan, hati semakin berdebar-ii...
Nama dipanggil untuk pendaftaran..
Okay, aku calon no-5..hehe..
Sedang menunggu giliran, tangan duk pegang nota..
Aku duk hafal-ii nota yanng aku buat tapi orang sebelah siap boleh tengok tv..huhu
Sampai giliran aku, loceng dibunyikan.. 'ting!'
Pintu bilik diketuk dan aku disuruh masuk..
Aku memberi salam dan aku tengok muka penemuda-ii senyum je.. fuhhh..
Aku duduk dengan posisi yang selesa.. Seram nih!
Pertama sekali mereka suruh aku perkenalkan diri..
Selepas mereka tahu aku budak lulusan ijazah, mereka terus tanya ttg bidang aku..
Lari dah daripada tujuan asal..hehe
Mereka tanya tentang keluarga, sekolah lama, dan pekerjaan yg aku minat..
Berkaitan kerja yang aku minta ni adalah sikit..hehe
Dia tanya cara ambil sampel darah dan dia tanya aku tahu tak cara bekerja dlm makmal?
Itu jela soalannya..hehe.. Alhamdulillah mudah..
Lepas habis tanya, mereka bagi cadangan aku utk memohon jawatan editor di Parlimen..
Mereka kata aku punya masa depan yang cerah..
Mudah-mudahan kata-ii mereka itu menjadi doa yg dimakbulkan.. amin..
Lepas habis sesi semua tu, aku pun bersalam dengan penemuduga tersebut dan memberi salam..
Aku pun melangkah keluar dengan senyuman dan nafas lega..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. ^^
Itu sahaja untuk kali ini..
Hanya tentang pengalaman aku pergi temuduga..
Okay; aku berhenti dulu.
Assalamu'alaikum ^^,
No comments:
Post a Comment