Thursday, October 13, 2011

~ Perjalanan Yang Sukar ~


Assalamualaikum semua…
Hmmm.. niat hati nak tido… tp, tetiba xleh nak lelap mata pulak!
So, saja je nak wat entry ni.. Maybe sbb xtaw nak watpe…huhu
Entry kali ni ditujukan khas utk insan yg sentiasa dlm hati sy!
Awak! Baca dan hayati ye! ^^

Andai awak tahu dalam dan tingginya cinta saya pada awak,
Takkan sampai awak ke tempat itu…
Awak tahu mengapa??
Sebab hanya saya yang boleh bawa awak ke syurga cinta saya tu…
Nak tahu bagaimana??
Begini. Awak perlu dengar baik-baik cakap saya ni…
Mula-mula, awak perlu melalui satu jalan indah tetapi banyak duri dan halangan.

Nak tahu bagaimana untuk meredah hutan asmara tu??
Dengan berbekalkan iman dan taqwa, awak akan dapat melepasi hutan asmara tu…
Awak takkan terhanyut dan terjerat dek perangkap musuh manusia…
Kemudian, awak perlu menyeberangi lembah yang sangat luas!
Nak tahu bagaimana untuk melalui jalan itu??
Begini. Awak perlu jalan lurus mengikut arus yang tidak deras. Jangan mengikut nafsu!
Awak jalan terus tp harus mengelak jika ada halangan seperti godaan lambaian daun.
Jangan sesekali menoleh, memandang, apatah lagi untuk mendekati.
Ingat! Hanya iman dan taqwa yang dapat menemani awak hingga ke hujung lembah.
Bila sudah selamat sampai, awak perlu melintasi satu lagi halangan.
Nak tahu halangan apa??
Awak harus melintasi satu jalan penuh pancaroba dan terlalu banyak godaan.
Dugaan demi dugaan. Cabaran demi cabaran. Hasutan demi hasutan.
Namun, awak harus cekal jika mahu sampai ke syurga cinta saya.
Jika satu-satunya halangan yang maha besar itu awak berjaya atasi, kita pasti bertemu.
Saya menunggu awak di penghujung jalan dengan senyuman.
Hati saya benar-benar berdebar!
Di saat awak mengucapkan lafaz itu, awak akan dapat melihat saya..
Saya sedang menanti awak, wahai suami!
  
Awak, saya harap cinta kita hingga ke akhir hayat.. Amin~
Dan saya berharap kita akan tamatkan hubungan ini dengan penikahan yang halal..
Saya menanti awak!
Love u sayangs u!! ^_*


 # Alamak! tetiba rasa tak sabar nak kahwin! hehe ^^


3 comments:

Syazrah said...

Suwit.. :D

Junk said...

walau jauh perjalanan yang bakal saya tempuhi, akan saya usahakan hingga sampai kehati awak dan bakal membawakan keindahan dalam hidup awak.. iloveyou..

Pwincesz Dee said...

Syazerc ; hehe..thanks.. saje je ni.. xtaw nak tulis ape..huhu

Junk ; terima kasih awak! ^^