Thursday, August 18, 2011

~ Nota Untuk Sang Kasih ~

Wahai sang kekasih,
Tahukah kamu hati ini sudah terpenjara di hatimu…
Cintamu menggari  denyutan nadiku…
Kini, ku hanya berpaut di dahan setiamu…

Wahai sang arjuna hatiku,
Ku serahkan sepenuhnya jiwaku padamu…
Ketaatan cintaku sangat mendalam padamu..
Namun, tak terlawan taat ku pada Yang Esa..
Itu kamu pun tahu kan sayang?

Wahai sang cinta hatiku,
Terpautnya aku padamu tak ku tahu..
Terpahatnya namaku dihatimu juga ku xmengerti…
Tapi ku tahu bahawa diri hanya untukmu…

Wahai sang kasih yang bakal menjadi pengemudi bahtera cinta kita,
Ku mahu kamu tahu bahawa sayangku tak ternilai untukmu…
Sekeping hati ini hanya tertulis namamu Nazrul Afzam…
Tak usah kamu ragui itu sayang…
Selamanya kasih sayangku padamu takkan pernah pudar….

Salam sayang untuk kekasih hatiku <3 <3


No comments: