Aku termenung dalam kehujanan..
Menanti dan terus menanti...
Sesekali ku melihat papan tanda yg berada di cermin bas...
Mana bas ke Batu Pahat ni? Tanyaku sendiri..
Aku melihat jam.. 15minit lg pukul 1.00 petang..
Masa tu mataku masih bergenang airmata..
Kenapa? Mungkin sbb kecewa...
Aku perhatikan seorang tua duduk dihadapanku..
Tiba-tiba dia bingkas bangun dr tempat duduknya..
Barang2 nya jatuh ke permukaan jalan..
Aku lihat, orang disebelahnya langsung x menghulurkan bantuan..
Aku mahu bangun, tetapi blm sempat smpai ke tempatnya, dia telah mengambil barangnya..
Aku kembali di tempat dudukku yang selang 2 baris di belakangnya..
Orang tua itu bangun lalu mengeluarkan sesuatu..
Oh ! rupa-rupanya dia buta.. kasihan berjalan keseorangan di dlm hujan..
Dia berjalan hingga ke hujung tempat menunggu bas..
Aku xtahu apa yg sedang dicarinya..
Tiba-tiba dia patah balik ke tempat tadi..
Tiada seorangpun yang membantunya..
Belum sempat aku sampai ke tempatnya, utk kali keduanya, ada seorang lelaki mendekatinya..
Pak cik nak pergi mana? Biar sy tolong... ( Dengan senyuman lelaki itu berkata )
Aku lihat lelaki itu memimpin dan membawa brg2 pakcik itu hingga ke sebuah bas Alor Setar..
Dia tunggu hingga pakcik itu masuk ke dalam bas..
Kemudian, dia pun masuk ke dlm bas yg sama..
Orang Kedah.. kataku dlm hati..
Baru ku tahu, masih ada yg sudi membantu pak cik itu..
Terima kasih awak ! Kataku perlahan..
Benar kata seorang kawanku, masih ada org yg baik di dunia ini tetapi dlm kuantiti yg sedikit..
Dlm hidup kita haruslah saling membantu.. ^_^
No comments:
Post a Comment