Thursday, October 10, 2013

~Bicara Malam~

Assalamu'alaikum. Rasanya dah lama sangat tak menulis dalam blog ni. Malam ni tak tahu kenapa terpanggil nak menaip sesuatu. Rasa rindu yang menebal pada arwah ibuku, rasa kehilangan sesuatu, rasa resah, dan macam-macam lagi. Tapi tak pasti, punca rasa ini. Kenapa hati ni begini?

Sejak kecil hingga ke tahun 24 ini, aku masih belum rasa CUKUP dengan apa yang aku dah lakukan. Manusia manalah pernah puas kan? Aku rasa belum buat orang bahagia, orang gembira, rasa seronok, rasa tenang bila dengan aku. Tak pasti mana silapnya, tapi masih rasa ada orang 'terasa' dengan aku dan tak suka aku. Sikap akukah? Bicara akukah? Yang pasti, masih ada. Aku sedar cuma tak tahu siapa gerangannya.

Mungkin pada pancaindera orang ramai aku nampak kasar, tingkah lakuku dan tutur bicaraku. Tapi, jauh dalam sudut sekeping hati ini, aku cuma seorang gadis yang punya hati yang sangat halus, perasaan yang sangat tipis, dan mudah rapuh. Mungkin orang nampak aku mudah marah, mudah berangin, dan mudah melenting, tapi beberapa tika selepas itu aku pasti mengalirkan air mata. Siapa yang kenal aku? ADA. Hanya Dia yang mengenali insan kasar ini.

Ya Allah, apakah ada yang memahami insan ini? Atau aku sahaja yang tidak tahu itu semua? Jujur pada diri, aku sebenarnya insan yang punya jiwa kosong, tiada rasa, hati yang sangat kering dan menganggap semua yang ada disisiku tak kenal siapa aku. Aku suka ketawa paksa, senyuman yang tidak dari jiwa, dan selalu buat-buat rasa gembira padahal bila malam tiba, aku menyendiri, aku rasa kosong, aku termenung.. Apa yang aku mahu dalam diriku? Ya Allah.......

Cuma yang aku masih ingat kata-kata arwah dahulu, "pergilah ke manapun, buatlah orang gembira dengan kehadiran kita". Sebab tu aku suka menjadi peramah macam arwah. Aku nak orang gelak tika bersamaku. Tapi, aku tahu aku gagal. 'Akak gagal, mak' :(

Orang kata, jika baik, pergi ke manapun, akan menjadi baik juga. Bak kata pepatah, benih yang baik, jika jatuh ke laut pun menjadi pulau. Aku ingin menjadi seperti itu, tapi entah bila agaknya. Siapalah aku...... Selamat malam pembaca semua.. <3>

Wednesday, January 23, 2013

" 2013 "


Assalamu'alaikum...
Pagi yang hening ni.. Jam pun dah pukul 3 pagi.. 
Nak membebel ape pun tak tahu..
Tapi tetiba terfikir tentang diri sendiri..

Aku dah 24 tahun.. Impian belum tercapai lagi..
Cinta? Masih dalam usaha tuk mengecapi kebahagiaan..
Kerja? Masih mencari yang terbaik..
Keluarga? Terus hidup walau dah kehilangan suri hidup kami :(

Apa yang aku kejar selama ni?
Kemewahan? TIDAK!
Kebahagiaan? PASTI!
Kepuasan? MUNGKIN!
Yang aku tahu, aku hanya nak hidup happy mcm orang lain
biarpun dlm kesederhanaan.. 

Kehidupan ni bukan mudah..
Tapi ianya tak juga kejam...
Cuma satu je yang penting..
Untuk dapat apa yang kita nak, untuk kecapi kebahagiaan yg kita dambakan..
USAHA itu perlu ada dan berterusan..
JANGAN cepat putus asa!

TARGET ;
- senangkan hidup ayah -
- kerja yang stabil -
- keluarga baru yg bahagia -
AKU NAK NI JE! SERIUS LEPAS TU AKU HAPPY!
^__^
in sha Allah...

Tak tahu nak bebel apa lagi..
Just nak menaip je sebenarnya..
Idea tah pape.. hehe
Okay la.. selamat pagi!
Baibai.. Assalamu'alaikum...